Jumaat, 14 Mac 2014

Jiwa Paradox: ISTERI PENJENAYAH LIWAT TERUS BERBOHONG DI KAJANG

Jiwa Paradox: ISTERI PENJENAYAH LIWAT TERUS BERBOHONG DI KAJANG



Dulu aku percayale juga cerita2 DSAI, tetapi setelah ku renung dan ku tilik video Saiful yang berani

bersumpah kali kedua mengenai kes meliwatnya, dihadapan Kaabah, maka benarlah sumpah Saiful tersebut.  Dan siapa yang berani bersumpah dihadapan Kaabah sekiranya tidak benar.  Ditanah suci Mekah itu tiada orang Islam yang sanggup bersumpah bohong kerana disana tu kalau kita tersalah niat walaupun didalam hati makbul sungguh segala apa yang diniatkan.  Sementelah lagi telah beberapa kali saya kesana dan memang benar saya sendiri menyaksikan bermacam2 balasan yang dikenakan keatas mereka yang berani membuat olah disana.  Cukup2lah DSAI menghasut dan mengheret orang yang tidak bersalah dijalanan membuat huru-hara dengan berdemontrasi.  Bagi orang Islam cukup mudah sebenarnya hendak membersihkan nama.  Bersumpahlah didalam Mesjid sebagaimana yang Saiful buat.  InsyaAllah selepas ini semua orang akan beri kepercayaan 100% yang DSAI memang tidak bersalah.  Hukuman Allah swt sangat adil.  Kecuali orang2 yang memang bersalah saja yang takut bersumpah didalam Mesjid.  Perkara yang mudah begitu pun tak boleh hendak diselesaikan, Sanggup mengheret orang2 lain kerana nak menegakkan benang basah.  Isteri pun memang boleh ditipu, apakan tidaknya berapa ramai lelaki2 yang menipu isteri berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri. (berharap semoga lelaki2 diluar sana tidak memarahi saya, ini adalah kebenaran ya).  Bertaubatlah selagi masih ada hayat dikandung badan, agar mati dalam Husnul Khatimah.  Azab Allah tidak dapat kita gambarkan betapa hebatnya seksaan itu. Waulahhualam.